Budaya Kerja Cemerlang  

Wednesday, June 3, 2009






























Khamis, 14 Mei 2009 - Sekolah Kebangsaan Sungai Dua telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk guru dan kakitangan sokongan sekolah SKM Luak Kuala Pilah Selatan. Sebanyak lima buah sekolah SKM telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Sekolah yang terlibat ialah SK Sungai Dua, SK Tanah Melintang, SK Seri Pilah, SK Ulu Sungai Dua dan SJK (C) Chung Hua Senaling. Para peserta terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah masing-masing.
Ceramah bertajuk Budaya Kerja Cemerlang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Rosli bin Abd. Mohin, Nazir Sekolah daripada Jemaah Nazir Negeri Sembilan. Pengisian yang disampaikan memberi fokus kepada langkah-langkah dan kriteria yang perlu ada untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang di tempat kerja. Banyak input yang berguna yang dapat dijadikan panduan oleh para peserta untuk membudayakan kerja cemerlang di sekolah masing-masing.
Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah. Diharapkan pada masa akan datang para peserta dapat membudayakan cara kerja cemerlang dalam bidang masing-masing. Isyaallah.

Sekitar aktiviti program






















AddThis Social Bookmark Button