Tuesday, May 5, 2009

Wednesday, April 8, 2009

Bengkel Pembangunan dan Penggunaan Laman Web PSS

Bengkel ini telah diadakan pada 7 dan 8 April 2009 di Bilik Makmal SK Tunku Kurshiah pada pukul 8.00 pagihingga 5.00 petang.Tujuan bengkel ini adalah untuk membimbing guru-guru Perpustakaan dan Media untuk membina blog PSS di sekolah masing-masing.Fasilitator bengkel ini ialah En. Shafie b Diron, pegawai teknologi pendidikan PKG Johol. Manakala pegawai urus setia ialah En. Rosle b Yahya dari PKG Kuala Pilah.Jumlah peserta bengkel ini seramai 24 orang guru iaitu 22 orang guru perempuan dan 2 orang guru lelaki dari sekolah sekitar kawasan Kuala Pilah.Pada hari pertama, semua peserta didedahkan kepada penerangan dan pengenalan laman web (Blogger), pembukaan laman web baru dan pengisian data-data. Peserta-peserta juga dibimbing untuk menyediakan blog PSS sekolah masing-masing.Pada hari kedua pula, pendedahan tentang teknik penggunaan HTML dan pengubahsuaian serta perbengkelan penyediaan laman web PSS diberikan.Semua peserta terlibat dengan aktif dan menimba banyak ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai dibawa balik ke sekolah dan diaplikasikan untuk kepentingan pendidikan pelajar dan sekolah.
dikarang oleh Pusat Sumber Sekolah pada 12:29 AM 0 respons

AddThis Social Bookmark Button